Sunday, August 14, 2011

Positive Again!!OMG

OMG, semalam sengaja suruh my hubby beli pregnancy test kat 7 eleven, yang murah dahla..budget cm x mengandung la..sbb period 2 bn da x dtg, tiba2 ooppss, 2 line kot..Positive.Aduhai Qaseh baru 5 bln, dah nk dpt adik dah.Tapi xpe, aku menerima segala rezeki yang Allah berikan..mesti ada hikmah dan mudah mudahan rezeki aku makin bertambah..Amiin..

 Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya.  Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudianmemberi keputusan" (HR Muslim)



“Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka” (QS al-An’am 151)
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (QS al-Isra’ 31)

~wallahualam~


Berbuka wif my bestie...





Ari ni memang sangat best sebab dpt berbuka puasa dengan my bestie yang dah lama sangat x jumpa especially Tjo. Dia tu sibuk belayar dgn husbandnya & baru balik Malaysia sebab nak sambut raya. Lyn pun x kurang lama, tpi dia still kat Malaysia so senang je nak jumpa. Psst..dia ni single & available ok!!tapi dia ada bawa TEMAN TAPI MESRA!!huh..aku ngan saper lagi, my lovely husband & my little Qaseh. Qaseh da jadi model sebab bnyak sgt gambar yang diambil sebab diaorang geram sgt tgk dia..Port kitaorang adalah Ayam Penyet kat IOI Mall, dekat sikit kat rumah aku.

Tapi yang bengang nyer, kul 8 baru makanan sampai..lembap btul wat keje..gorengla siap2, ni tak duk tunggu org masuk dulu baru goreng ayam tu, takut rugi kunun..huh..nasib my hubby x mengamuk kat kedai tu, dia dah lain macam dah muka dia..Tjo mintak dia bersabar jela, kalau tak aku pun x taula ape jadik..uhuk..

Kitaorng beransur pulang dlm kul 9 lebih..masing2 pun cm dah penat..hehhehe..penat ape ye..penat makan la ayamnyer besor sgt..Sebelum makan ngan hubby xdela besar cm tu, tp ni extraordinary besar..tp ok la..berbaloi baloi..Nanti aku akan upload gambar Qaseh k ngan Lyn & Tjo..Waiting for them dulu, ni mesti tak sampai rumah lagik..hihihi..


So here you go..ENJOY~














kredit to Tjo & Lyna for da pic

Thursday, August 11, 2011

we are at IJN



On d way ke IJN ni..dahlah lambat..huhuhuhu..sempat lagi bergambar..




Qaseh ngan papa, penat sangat ni, tengah tunggu nk jumpa  Ms.Yew (pakar bedah jantung) .Lama sangat kitaorng  tunggu..cancel dis appoitment. Nasebla, kitaorg nk buka posa lagi ni..

Wednesday, August 10, 2011

IJN Again!!!



Esok pagi-pagi dah kene bangun awal siapkan Qaseh untuk buat susulan kat IJN ni la..Banyak kenangan kat sini & memang tak nak dah datang sini..Aku akan critakan sikit demi sedikit sejarah lampau Qaseh kat sini.Saper Qaseh tu?Ni ha tuannya..my 1st baby yang sangat sangat la aku & hubby sayang..




Nur Qaseh Khalisha Binti Rosli
Buah hati pengarang jantung ibu & papa..lurve u sayang

Here I come!!!!!

Wooot woot.....huh..Asslamualaikum...

Terketar ketar tangan nk berblog lagi..maklumla dah lama tinggalkan dunia ni...last 2009 tu post aku, ni tiba-tiba August 2011, lame mane dah tu..Ish ish ish...kalau da ada anak, anak da umor 2 tahun da..

Firstly, aku saje buat 1 lagi blog ni sebagai diary kehidupan aku sekarang..Aku pun dah blog lain untuk bisness online, tu pun lama tak mengupdate..nanti blehlah jenguk2 blog 1 lagi ek http://littleqaseh.blogspot.com/....

Di blog ni aku akan post lebih bayak cerita2 yang terjadi dalam hidup aku sebagai hamba Allah di muka bumi ni..Berbagai-bagai cabaran, dugaan yang aku tempuhi untuk meruskan hidup ni..

Stay tune k!!!